Author Topic: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden  (Read 11190 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline CipoTEt

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,940
  • Karma: 0
  • Gender: Male
didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« on: 20 Jan, 2014, 02:24 PM »
KUALA LUMPUR - Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia.

Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden pada Jumaat.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan keluarga angkat sekarang, mereka jaga kami tapi kami tidak selesa bila perlu tinggal dengan keluarga berlainan agama.

"Susah untuk kami membiasakan diri. Jadi Aisyah rasa lagi senang dan selesa untuk kami bersama keluarga Melayu beragama Islam," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu, yang ditahan pada 18 Disember lepas telah memohon kepada Khidmat Sosial Sweden untuk menyerahkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam daripada kalangan kakitangan kedutaan Malaysia di negara tersebut.

- Bernama
“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Offline lynnJB

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,064
  • Karma: 0
  • Gender: Female
  • BERDUA itu baik.. SENDIRI; jauh lebih baik..
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #1 on: 20 Jan, 2014, 02:27 PM »
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..
" i got both feet on the ground "

Offline twinkle

  • Super^Star
  • *****
  • Posts: 34,560
  • Karma: 12
  • Gender: Female
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #2 on: 20 Jan, 2014, 02:28 PM »
kesian...knapa la dserah pd org kafir
Pray:Eat:Love

Offline DewHoneyAlly

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 6,831
  • Karma: 2
  • Gender: Female
  • "Aku adalah diriku"
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #3 on: 20 Jan, 2014, 02:28 PM »
xfaham la
dia anak sapa sebenarnya??
2 org tu yang kena tangkap tu siapa
"Aku bernafas dan menjalani kehidupanku atas keizinanNya. Hanya Dia yang tahu apa yang ditentukan untuk kebaikanku"

Offline teh tarik

  • Peminat Tegar
  • *
  • Posts: 320
  • Karma: 1
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #4 on: 20 Jan, 2014, 02:32 PM »
kisahnya ibu bapa aishah tu kena tahan sbb didakwa pukul anak sbb anak depa tak nak solat..
anak tu secara tak sengaja tercakap pada cikgu dia yang parents dia pukul dia.. bukan nak mengadu atau apa2 tapi budak2 kan... lurus bendul...  so cikgu dia pun laporkan kat polis...

undang2 di negeri barat mmg sgt ketat kalau berhubungan dengan tuduhan pukul anak ni.. walau apa pun sbbnya kalau anak2 atau ada org mengadu parents pukul anak atau abuse atau apa2, akan ditahan dan disiasat..

ini yang berlaku pada pasangan suami isteri ie ibu bapa aishah tu...

Offline teh tarik

  • Peminat Tegar
  • *
  • Posts: 320
  • Karma: 1
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #5 on: 20 Jan, 2014, 02:35 PM »
 Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal ni mak bapak aisyah... aisyah ada 2 adik lelaki .... yg semuanya dibawah jagaan keluarga swedish... atas perintah mahkamah.. buat sementara waktu.. sbb mak pak depa ditahan untuk penyiasatan mendera anak...

jomlah kita sama2 berdoa agar Allah permudahkan semua urusan mereka dan diberi penyelesaian yang memihak pada mereka secepat mungkin... dan Allah beri mereka sekeluarga kesabaran ketabahan.. insha Allah..

Offline teh tarik

  • Peminat Tegar
  • *
  • Posts: 320
  • Karma: 1
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #6 on: 20 Jan, 2014, 02:36 PM »
btw mereka sekeluarga di sweden.. pak nya kerja sana.. malaysia tourism... jadi isteri dan anak2 ikut... tu sbb penjagaan diberi pada keluarga swedish yang bukan islam.. harap2 semuanya selesai dengan jalan terbaik...

Offline lynnJB

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,064
  • Karma: 0
  • Gender: Female
  • BERDUA itu baik.. SENDIRI; jauh lebih baik..
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #7 on: 20 Jan, 2014, 02:39 PM »
moga2 org swedish tu lembut hati dan paham bhw derang ni islam, dan takder masalah utk 2 beradik ni prektis agama dgn bebas..

sbb undang2 pn tertakluk di bwh undang2 negara sweden...
so, kalo dpt tuko penjagaan, bagus..
kalo tak, nk buat mcm mana...
" i got both feet on the ground "

Offline kacak

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 19,401
  • Karma: 9
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #8 on: 20 Jan, 2014, 02:39 PM »
aishah tu kata adik dia asek kena marah je dgn keluarga angkat

adik dia tu ada masalah dileksia ke apa ntah

Offline teh tarik

  • Peminat Tegar
  • *
  • Posts: 320
  • Karma: 1
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #9 on: 20 Jan, 2014, 02:50 PM »
kesiannya .... dugaan berat.. demi mempertahankan agama.. subhanallah.. kita doa yang terbaik untuk anak2 dan mak pak depa....

Offline CipoTEt

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,940
  • Karma: 0
  • Gender: Male
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #10 on: 20 Jan, 2014, 02:51 PM »
kes bermula sbb update fb je
tapi sebab sweden ada undang2
Pada 1979, Sweden Negara Pertama Melarang Anak Dihukum Melalui Fizikal. Negara-Negara Lain Seperti New Zealand, Kenya Dan Norway Turut Mengikuti Larangan Ini.

KUALA LUMPUR: "Today (hari ini) (18 Jan), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.
   
Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali.
   
Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah Dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.
   
Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.
   
Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat.

Pasangan itu mempunyai empat anak 7, 11, 12, dan 14 tahun dan kesemua kanak-kanak itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan.
   
Aisyah ketika dihubungi Bernama berkata adiknya yang merupakan anak ketiga pasangan Malaysia itu sememangnya sukar memahami arahan disebabkan penyakitnya itu, selain kurang fasih berbahasa Inggeris.
   
"Adam memang ada masalah untuk faham apa yang orang cakap sebab dia ada penyakit...tam bah dia juga seorang yang hyperaktif. Dia juga ada masalah nak membaca secara normal, yang dia nampak perkataan terbalik," katanya.
   
Beliau mendakwa sebelum ini, ibu angkatnya itu juga pernah memarahi adik bongsunya, Arif, 7, kerana tidak mengemas katil dengan teliti.
   
Keluarga angkat berkenaan didakwa semakin kerap memarahi anak-anak pasangan Malaysia itu selepas mereka mendapat tahu anak-anak itu mengadu kepada Khidmat Sosial Sweden Jumaat lepas mengenai layanan buruk oleh penjaga mereka itu.

Sementara itu, adik kepada Shalwati, Shaleena, 40 berkata beliau berharap anak saudaranya ditempatkan dalam keluarga angkat Melayu beragama Islam dari Malaysia.
   
"Saya kenal kakak saya, Kak Ti (Shalwati) is a good mother (seorang ibu yang baik), kalau mereka (Sweden) tahan dia dan dakwa dia buat something bad to the children (melakukan sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya), saya harap kerajaan mereka lantik keluarga angkat yang boleh jaga anak-anak itu dengan lebih baik, bukan mereka yang diadu anak-anak saudara saya sekarang ini berbuat macam-macam kepada mereka," katanya. - Bernama
“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Offline kacak

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 19,401
  • Karma: 9
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #11 on: 20 Jan, 2014, 02:52 PM »
yelah ,....semoga Allah memudahkan segalanya

anak dia pun nak balik kat mak bapak dia

kalo mak bapak dia tu pukul teruk sangat, jahat sangat ...metsilah anak2 tak nak balik ngan mak pak dorg

Offline teh tarik

  • Peminat Tegar
  • *
  • Posts: 320
  • Karma: 1
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #12 on: 20 Jan, 2014, 03:34 PM »
oh 4 adik beradik.. maaf, saya silap.. .tulis 3 adik beradik... sian mereka.... :(

Offline nguyen

  • Artis
  • *
  • Posts: 2,408
  • Karma: 4
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #13 on: 20 Jan, 2014, 03:37 PM »
I know their parents. Sebelum Sweeden, si ayah dihantar posting ke Johanesburg. Ayahnya sebenarya mmg tak minat sgt kena posting luar negara.  Si ayah sgt family man dan ibu ialah guru disiplin.  They are normal parents just like any other normal, loving parents who want their best for their kids dunia dan akhirat.  Undang-undang barat jentik sket kanak-kanak tak boleh.  Masa kanak-kanak elok protected, dah remaja gasak kau..

Offline CipoTEt

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,940
  • Karma: 0
  • Gender: Male
Re: didakwa pukul tangan anak yang tidak solat di sweden
« Reply #14 on: 20 Jan, 2014, 03:50 PM »
Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil.

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.
“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."