Author Topic: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang  (Read 862 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline MeduSSaTopic starter

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 11,923
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 01/04/2011
    YearsYearsYears
Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« on: 16 Nov, 2012, 01:47 PM »
@Metro

visitors can't see pics , please register or login

USIA hanyalah angka dan ia bukanlah halangan bagi seseorang yang bergelar penghibur untuk memberikan persembahan yang mantap kepada penonton.

Salah seorang mereka adalah penyanyi veteran Kenny Rogers, 74, yang masih gagah apabila menyanyi secara ‘live’ di pentas

Baru-baru ini, seperti yang dijanjikan, Kenny diterbangkan ke Genting Highlands, Pahang untuk menjayakan konsert solonya.

Dibawakan khas oleh Heart World Genting, kehadiran penyanyi yang terkenal dengan lagu Lady dan Islands in The Stream ini ke Malaysia nyata begitu dinanti-nantikan semua peminat setianya apabila difahamkan hampir semua tempat duduk habis ditempah.

Tampil dengan gaya ringkas iaitu berkemeja lengan panjang putih serta jeans hitam, penyanyi yang juga ahli perniagaan restoran yang berjaya ini berjaya memukau lebih 7,000 penonton yang datang menyaksikan persembahannya di Arena of Stars.

Hampir 20 lagu dipersembahkan Kenny atau nama sebenarnya, Kenneth Ray Rogers, tanpa kepenatan, bersulamkan senda ‘humor’ yang bersahaja di pentas besar.

Bagi pengasas francais restoran Kenny Roasters itu, usia emasnya jelas tidak pernah menghalangnya untuk terus mengalunkan vokal bagi hiburan penonton yang membeli tiket.

Dia membuka tirai persembahan seawal jam 8.45 malam dengan lagu Love or Something Like It dan kemudian mendendangkan It’s A Beautiful Life, Ruby Don’t Take Your Love To Town, Somethings Burning, Reuben James, Love The World Away, Daytime Friends, Stand Up, Lucille, Lady, Islands In The Stream, You Decorated My Life, The Gambler dan Buy Me A Rose.

Istimewanya, ada di antara beberapa lagu yang dinyanyikan diiringi persembahan slaid yang menceritakan perjalanan karier dan kehidupannya sejak dulu hingga kini.

Sempat berjenaka dengan penonton, Kenny berkata, lagu itu membuktikan kepadanya bahawa lelaki berasal dari planet Marikh manakala wanita pula dari planet Zurah.

Kelihatan sedikit hambar pada pertengahan konsert meman�dangkan mungkin ada segelintir penonton bukanlah daripada peminat fanatik, Kenny sempat mengusik.

“Ada dua kelompok peminat saya. Yang pertama, orang yang lahir selepas tahun 1960-an yang jarang mendengar lagu-lagu saya. Kelompok kedua pula orang yang lahir sebelum 1960-an dan sudah tidak ingat lagi lagu-lagu saya,” katanya sambil berjenaka.

Kenny selama ini berdiri sebagai seorang penghibur dengan genre pop, country & western dan jazz sekitar awal 1950-an. Bintang dunia itu dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat dan pernah berkahwin sebanyak empat kali manakala perkahwinan kelimanya bersama Wanda Miller, kekal hingga kini.

Dia pernah mencipta fenomena apabila rekod albumnya terjual sehingga 120 juta di seluruh dunia dan menghasilkan lebih 65 album sepanjang pembabitannya dalam seni suara.

Selain itu, Kenny juga menjadi salah seorang artis terkenal dunia yang menyanyikan lagu amal, We Are The World pada 1985, bagi menyokong kempen membantu mangsa kebuluran di Afrika.

Sebelum terbabit secara solo, Kenny pernah me�nyertai beberapa kumpulan seperti Scholars, The Bobby Doyle Three, The New Christy Minstrels dan The First Edition.

**my idoL** ;)

Offline honeydew

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 16,832
  • Karma: 20
  • Gender: Female
  • (*_^)
  • 22/07/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #1 on: 16 Nov, 2012, 01:48 PM »
baca nama dia pun dah terbayang2 ayam panggangnya yang yummy ittew  :D
senyum sokmo

Offline gvios

  • Artis^Bintang
  • ****
  • Posts: 8,919
  • Karma: 2
  • Gender: Female
  • 25/07/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #2 on: 16 Nov, 2012, 01:48 PM »
Tua dah dia ni tp semangat lg nyanyi2

Offline MeduSSaTopic starter

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 11,923
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 01/04/2011
    YearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #3 on: 16 Nov, 2012, 01:59 PM »
lagu2 dia membuai2..suar a dia adoii...

Online Aurora

  • BinTang^Popular
  • ***
  • Posts: 10,134
  • Karma: 2
  • Gender: Female
  • Mr & Mrs A...always & forever...
  • 11/12/2011
    YearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #4 on: 17 Nov, 2012, 01:11 AM »
Nampak kurus dia.
When you smile I smile...

Offline ressya

  • Artis
  • *
  • Posts: 1,986
  • Karma: 2
  • Gender: Female
  • attitude is everything
  • 23/07/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #5 on: 17 Nov, 2012, 01:22 AM »
banyaknya lagu dia nyanyi..agak2 berapa genting bayar dia ekk  ::)

Offline ding

  • ~:Lagenda:~
  • ***
  • Posts: 151,566
  • Karma: 14
  • Gender: Male
  • somewhere i dun belong
  • 22/07/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #6 on: 17 Nov, 2012, 08:11 AM »
kenny rogers. apa lagu dia yang best?

Offline gedempol

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 6,915
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 29/09/2011
    YearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #7 on: 17 Nov, 2012, 08:15 AM »
mesti lepas dia nyanyi2....dia pegi makan ayam kat kenny rogers restaurant....   :D :D

klu dia di duet kan dgn dolly parton skali mesti sesak jalan nak ke genting....   ;D ;D
Gedempol is BIG
"Ingatlah Maut Akan Menjemput Kita"

Offline buah cherry

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 7,158
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 15/10/2011
    YearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #8 on: 17 Nov, 2012, 08:45 AM »
umo 74 taun masih bertenaga...

Offline gedempol

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 6,915
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 29/09/2011
    YearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #9 on: 17 Nov, 2012, 08:51 AM »
kebanyakan penyanyi2 veteran ni smpai tua pun suara still power....
sama mcm peter cetera yg nyanyi lagu hard to say im sorry....
Gedempol is BIG
"Ingatlah Maut Akan Menjemput Kita"

Offline HyeAshiko

  • Selebriti
  • **
  • Posts: 4,039
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 15/10/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #10 on: 24 Nov, 2012, 10:01 AM »
teringat time aku keja kenny rogers...
perghhh sedapnya dpt makan ayam panggang  :-*
Apa2 jer la...janji happy

Offline Lisa Sophie

  • Peminat Fanatik
  • **
  • Posts: 667
  • Karma: 0
  • Gender: Female
  • Ildeohagi ileun GWIYOMI!
  • 12/11/2012
    YearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #11 on: 26 Nov, 2012, 11:26 AM »
paling suka lagu Lady....
"I figure life is a gift, and i don't intend on wasting it"

Offline wiwit

  • Selebriti
  • **
  • Posts: 3,421
  • Karma: 5
  • 22/07/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #12 on: 26 Nov, 2012, 11:51 AM »
Minat bangat keni rojes
Allahuakbar!!!

Offline iha_adam

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 5,811
  • Karma: 1
  • Gender: Female
  • 私の名前はIHAです
  • 02/08/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #13 on: 26 Nov, 2012, 11:55 AM »
tua nye dia.. dah pangkat atuk2 dah
常にアッラーを信頼しています。アッラーは私の人生を祝福しますように

Offline cabai7

  • Selebriti^SensaSi
  • ***
  • Posts: 7,479
  • Karma: 0
  • Gender: Female
  • 05/10/2010
    YearsYearsYearsYears
Re: Kenny Rogers - Usia Bukan Penghalang
« Reply #14 on: 26 Nov, 2012, 11:16 PM »
suka lagu dia... Lady....
suara jantan  :D